fbpx

RTM Rehatkan Ustaz Don Dari Salam Baitullah

Susulan kontroversi melibatkan pendakwah bebas, Ustaz Don Daniyal, RTM telah mengambil keputusan untuk ‘merehatkan’ pendakwah tersebut daripada mengendalikan program Salam Baitullah.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran RTM, Datuk Suhaimi Sulaiman menerusi perkongsian di platform X sebentar tadi.

BACA: Ustaz Don Timang Anak Keempat, Sama Tarikh Lahir Dengan Anak Ketiga

“Untuk meredakan keadaan, I have asked the team to rehatkan dulu Ustaz Don dari Salam Baitullah. Don’t ask me about what I think or feel,” tulisnya.

Difahamkan tindakan tersebut adalah bagi meredakan keadaan susulan kontroversi berkenaan kenyataan Ustaz Don berhubung kisah hidup Nabi Muhammad.

Ketika bersiaran di sebuah stesen radio, Ustaz Don mendakwa Baginda pernah melamar seorang wanita, Ummu Hani sebanyak tiga kali dan cinta pertama Rasulullah.

Semalam, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengeluarkan kenyataan menjelaskan mengenai isu terbabit dan dakwaan Ummu Hani sebagai cinta pertama Nabi Muhammad turut diragui.