fbpx

Rozita Che Wan Tidak Sangka Terima Kontrak RM 1 Juta

Dalam laporan Harian Metro hari ini, Rozita Che Wan mengakui yang beliau ada menerima tawaran bernilai RM 1 juta dari sebuah jenama pengeluar tekstil terkenal untuk menjalankan kempen pengiklanan bersama mereka selama tiga bulan.

“Ya, memang betul tapi saya tidak terima jumlah berkenaan dalam bentuk wang tunai sepenuhnya. Ia sebenarnya merangkumi beberapa produk danwang tunai yang merangkumi nilai tersebut,” ujar Rozita Che Wan memberikan penjelasan.

BACA: Rozita Che Wan Bertudung Kerana Mahu Zain Saidin Masuk Syurga

Che Ta juga meluahkan harapan beliau supaya orang ramai tidak menjadikan angka tersebut sebagai satu isu kerana ianya melibatkan tiga jenama di bawah pengurusan jenama tekstil terkenal tersebut yang dijalankan bersempena perayaan Aidilfitri kelak.

“Saya harap sangat ornag tidak salah faham sebab bukan saya dapat wang RM 1 juta, tapi kontrak itu sahaja yang menyamai nilai tersebut. Nanti orang dengar angka itu, tak pasal pasal kena cari pula,” tambahnya lagi yang turut tidak menyangka masih mampu terima tawaran sebegitu.

“Pada mulanya saya memang terkejut dengan tawaran itu & dalam masa yang sama teruja sangat sebab rezeki ini membuktikan artis bertudung pun masih ada tempat untuk mendapat kontrak sebesar ini,” ujarnya yang kini berada di Jepun. (rtky/m)