fbpx

Rozita Che Wan Akui Zain Saidin Jadi Teman Bercuti Ke Genting Highlands

Sebelum apa apa, bagaimana anda rasa prestasi editor kami yang muncul buat pertama kali di TV9 malam tadi? Awesome?

Bukan sekali dua kita mendengar akan kisah aktress sensasi, Rozita Che Wan dan kawan rapat beliau bernama Zain Saidin.

Wartawan mStar Online hari ini berjaya menghidu aktiviti Rozita Che Wan dan Zain Saidin yang di’khabarkan pergi bercuti ke Genting Highlands, Pahang baru baru ini.

Dalam artikel terbitan hari ini, wartawan tersebut menulis yang beliau terima panggilan telefon dari petugas kawasan pelancongan itu yang nampak kelibat Rozita Che Wan & Zain Saidin.

Di’temui di sebuah majlis petang semalam, Rozita Che Wan tidak menafikan yang Zain Saidin ada menemani beliau ke Genting Highlands tetapi mereka tidak pergi secara berdua duaan.

“Memang saya pergi ke Genting Highlands bersama Zain tetapi jangan salah anggap pula sebab anak-anak saya pun ikut sama. Kebetulan pula sekarang ini tengah cuti sekolah,” ujar Rozita Che Wan.

Menurut Rozita Che Wan, anak anak beliau memang rapat dengan Zain Saidin & kehadiran jejaka itu tidak lebih hanya sekadar menemani. Eh ye ke? Heh.