Rozana Akui Guna Wang Awie Beli Barang Berjenama
Isteri penyanyi rock, Awie, iaitu Rozana Misbun memberitahu Mahkamah Majistret Ampang bahawa dia menggunakan wang simpanan penyanyi itu untuk membeli barang mewah termasuk beg, kasut dan barang kemas selain bersetuju untuk menjual semua barang tersebut untuk membayar balik wang Awie.
BACA: Meragui Proses Fasakh, Awie Tidak Akan Cerai Rozana
“Saya bersetuju akan membayar balik wang Awie dalam tempoh dua minggu selepas hari kejadian (kejadian pukul),” katanya ketika pemeriksaan balas oleh peguam bela Hazman Harun yang mewakili Awie, lapor Astro Awani.
Rozana bagaimanapun mengakui tidak menyerahkan wang hasil jualan barangan mewah itu kepada Awie seperti yang dijanjikan. Ibu kepada lima orang anak itu berkata dia telah menyimpan wang milik Awie di dalam akaun Alliance sejak beberapa tahun lalu atas alasan Awie diisytiharkan muflis.
Rozana yang berbaju kurung dan berselendang merah jambu memberi keterangan pada perbicaraan kes Awie yang didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas Rozana di sebuah rumah di Taman Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang pada 1.30 tengah hari, 2 Jun tahun lepas.
Katanya, selepas kejadian dia dipukul pada 2 Jun tahun lepas, dia dipaksa oleh Awie untuk mengeluarkan kesemua wang Awie yang ada dalam akaun simpanannya.
“Saya mengeluarkan keseluruhan wang simpanan yang masih ada dalam akaun Alliance Bank iaitu RM30,000 di bahagian kaunter,” katanya.
Rozana bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa wang Awie yang disimpan di dalam akaun bank Amanah Saham Berhad (ASB) miliknya hanya tinggal RM230.
Menjawab soalan peguam itu mengenai laporan polis yang dibuat pada 17 Jun tahun lepas, iaitu dua minggu selepas kejadian, Rozana bersetuju membuat laporan itu selepas merujuk kepada doktor berhubung kecederaan yang dialaminya.
Rozana bagaimanapun menafikan bahawa laporan polis itu dibuat kononnya untuk menutup cerita mengenai kegagalannya untuk membayar balik wang Awie. Perbicaraan di hadapan Majistret Ayuni Izzati Sulaiman bersambung 6 Julai ini. (rtky/s)
nk komen pun seram..sbg pompuan,mmg xpatut dipukul begitu..tp yg hang pi pakai duit utk anak2 dia tu pasai pa?
nak caras duit somi pun minta la izin dulu ye dok. kalau beli barang2 untuk satu famili dan dikongsi tak pe. ini dah membazir namanya.
Macam x macho pulak mintak balik. Entah le… kalau waktu sayang, seluar dalam pun sanggup cium, kalau dah mula benci, seluar dalam 3 helai 10 ringgit pun minta balik.
isteri yg ‘high-maintenance’ musibah buat suami. tauke balak pun boleh bangkrap.
Arni Nazira dulu kawin dgn Awie x dpt apa2 pun. Kalu aku jadi si Rozana ni, aku pun kikis awal2. Selepas melangsungkan perkahwinan dg Awie pada Disember 1998, Arni tiba2 senyap dan lenyap. X byk wanita yg mampu melakukan perkara sama spt Arni. Siapa yg mahu menggadaikan nama yg cukup terkenal sehingga tersenarai dlm barisan artis popular dan jelita suatu masa dulu. Sesuai dgn pengorbanan yg pernah dilakukannya saya fikir Arni berhak mendapat kasih sayang terbaik dan bahagia yg mutlak. Tersungkur dia dlm luka bila perkahwinan yg dibina hanya untuk…. dipersia-sia! :(
“Tersungkur dia dlm luka bila perkahwinan yg dibina hanya untuk…. dipersia-sia!”
Fuyoh,,, macam lirik lagu plak !!!
Rozana? Tukar je la nama tu jadi ROSMAHNA.
Najib bodoh tak reti didik bini. Awie pulak terlebih didik bini.
5 ujian2 dalam perkahwinan :-
1)Ketika mengandung
2)Ketika berjauhan
3)Ketika baby masih kecil, nangis waktu malam, tak boleh tidur, tukar lampin, meragam, sakit dan demam.
4)Ketika si suami atau isteri sakit.
5)Ketika si suami kesempitan wang atau….. terlebih wang.
Kebenaran akan muncul..
Add my wechat rindu98
Patut le kena pukul….padan lah,pakai duit beli brg2 berjenama,kalau aku pon hangin…duit bukan senang nak cari sekarang ni….
Najib rileks je tak pukul Rosmah guna duit beli barang jenama.
Sbb guna duit rakyat,cuba guna duit najibabi..msti rambut rosmah penyet mcm katak kena langgar lori najibabi kerjakan
bila kita tak de duit, kita menangis kerana susah nak cari duit nak buat belanja dapur dan sekolah anak2.. bayar bill dan beberapa perkara penting yang lain. Tapi bila duit masuk berkepoi kepoi, kita cepat lupa.. mula lah syaitan mendesak kita berbelanja besar, boros dan lupa daratan. Sehingga lah kita jatuh muflis atau bankrupt. Jadi siapa yang di salahkan?? Dalam kes ni,sorang yang bertanggung jawab telah bertungkus lumus bekerja cari duit utk keluarga, tapi pasangan nya pulak pi enjoy belanja boros mengikut nafsu syaitan. Harus ingat kita boleh selamat kalau bijak berbelanja.
tp salah ke guna duit laki sendiri? makcik conpius kat situ….awie tak bagi duit kat bini padanla bini guna berbelanja utk diri sendiri lagi pun halallah bukan duit najib pun…duit awie laki die…muahahahahahaha
Cek setuju 200% ngan mak cik kiah
Salam.. aku terima nikahnya dgn sekian2. Saudara saudari… nikah ni seronok bg yg baru. kawen..wahh mlm pertama kn…
Apabila yg demikian.. aku terima nikahnya si polan binti si polan.. bahawa anda telah berkahwin dgn org yg akan curi duit aku,org yg tipu aku,org yg suka perabiskn harta aku,org yg berjanji hanya tinggal janji..org yg lawan cakap aku…dn demikian lah wahai anak adam..dn hawa sentiasa ..berbalah dr dulu sapai bunuh membunuh…sedar saudara kena sabar..dlm rumah tangga lelaki tukang cari bini tukang perabis.. biarlah..dia gadai nyawa lahirkn anak kita.. bukan sekali..berkali kali… biarkn sj harta dunia jer pon bleh cari..nyawa x de jual dikedai mahupun pasar raya..
http://www.snipernetworker.com/4MI3
Klw duit utk kegunaan bersama xpe.. Blnja dapo ke, bli brg umh ke,,bli bju ank2 ke, holidays ke.. Ni rojana g bli brg mewah utk dri sndri tu agk melampau lah.. Ambil kesempatan suami.suruh simpankan duit.. Lain lah klw laki ko x bg sesen pn, blh lah ko curi.. Adoiii rojana misbun oiii..
saya setuju sangat dgn pdapat cik saudari…..
kalau ckp mmg x di kasi..last2 ambil jer lah..siapa suruh kedekut sgt..itu kan isteri bkn nya org lain..awie2 ko itu artis popular..x kan lah x blh kasi isteri pakai brg jenama kot..
Setahu i olls duit suami tu amanah buat isteri. Isteri kna amanah jg harta suami. Gtu la bye