fbpx

Rosyam Nor Terpaksa Sekat Pelanggan Masuk Pasaraya Miliknya

Sejak Ahad lalu hangat diperkatakan berita palsu mengenai arahan ‘lockdown’ sekaligus menimbulkan keresahan masyarakat yang bertindak membuat pembelian panik serta menyerbu pasaraya berdekatan bagi mendapatkan stok barangan asas.

Perkara itu turut dilalui pasaraya milik Datuk Rosyam Nor sehingga dia terpaksa beliau terpaksa menyekat serta mengehadkan kemasukan pelanggan semalam kerana bimbang keadaan menjadi tidak terkawal.

BACA: Pasaraya Rosyam Nor Jual Ayam RM0.80 Seekor

https://www.instagram.com/tv/B9zPH_kDjPy/?utm_source=ig_embed

“Saya tahu semua tiba-tiba jadi panik dan datang beramai-ramai, saya harap anda semua boleh bersabar kerana dalam pasaraya dah penuh.

“Kalau kita bagi semua orang masuk akan jadi lagi padat dan akan menyebabkan kesukaran untuk membeli barang nanti jadi kelam-kabut.

“Minta maaf sebab keadaan dah jadi macam ni jadi kami terpaksa tahan orang dekat luar supaya tak masuk dalam agar tidak menjadi terlalu padat,” katanya menerusi Instagram.

Dalam pada itu, Rosyam berkata pasaraya miliknya itu akan dibuka 24 jam sehari sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan itu dan penghantaran stok barang akan diteruskan seperti biasa.