fbpx

Rosyam Nor Derma RM6,000 Sebulan Untuk Bantu Anak Angkat. Aww.

Mantap! Kali Ini Siri HONOR 200: Flagship Estetik AI Lengkap Dengan Versi Pro Spesifikasi Flagship Lagi

Baru-baru ini Siri HONOR 200 telah dilancarkan secara rasmi, dan ini adalah kali pertama HONOR memperkenalkan versi Pro dalam siri N ke Malaysia. Jangan tak tahu, Siri HONOR 200 hadir dengan sistem tri-kamera 50MP standard, mod...

Baca Lagi

Awal-awal pagi begini, ada baiknya kita mulakan dengan kisah selebriti yang baik baik sebelum kita terjah mereka dengan gossip yang bukan bukan.

Kisah yang baik pagi ini datang dari pelakon & penerbit terkenal Malaysia, Rosyam Nor yang di’katakan membelanjakan lebih RM6,000 sebulan untuk kebajikan.

Melalui Yayasan Pelajaran Mara (YPM), Rosyam Nor kini membantu 100 orang anak angkat dengan setiap seorang menerima sekurang-kurang’nya RM60 sebulan sebagai bantuan persekolahan.

“Dalam hidup ini, kita perlu belajar berkongsi apa yang kita ada dan dengan cara itu, hidup kita pula akan dipermudahkan”, kata Rosyam Nor kepada media.

Beliau di’temui media ketika menghadiri Majlis Sumbangsih YPM Bersama Pelajar Orang Asli di Gombak semalam. Baik ‘kan Rosyam Nor? Ermm.