Rosyam Nor Anggap Pertandingan Hero Remaja Masih Relevan
Pertandingan Hero Remaja sudah wujud lebih 31 tahun sejak tahun 1990 serta sudah melahirkan banyak anak seni berbakat di Malaysia.
Bagaimanapun dengan perubahan zaman, pertandingan pencarian bakat seperti itu bukanlah satu-satunya cara untuk menonjolkan diri apatah lagi sudah ada sosial media untuk dikenali.
BACA: Netizen Puji Rosyam Nor Sama-Sama Mengaji Dengan Staf
Memberikan pendapat apabila ada yang menyatakan pertandingan seperti itu tidak lagi relevan, pelakon terkenal Datuk Rosyam Nor memandang Hero Remaja sebagai platform yang terbaik.
“Sebenarnya kalau orang yang meminati dunia seni itu sendiri dan menjadi pelakon khasnya, mereka nampak bahawa platform Hero Remaja adalah platform terbaik. Begitu juta kita lihat Dewi Remaja.
“Daripada majalah remaja itu sendiri, banyak melahirkan bintang-bintang di Malaysia. Dan saya rasa platform ini harus dikekalkan kerana inilah salah satu cara mereka mengekspresi apa yang mereka ada untuk menceburi bidang hiburan,” katanya.
Pertandingan Hero Remaja 2021 bakal melabuhkan tirainya malam ini menyaksikan empat orang finalis iaitu Aqil Taqee, Fazziq Muqris, Mierul Aiman dan Afiq Hamidon.
- SUMBER
- Media Hiburan
Platform dewi dan hero remaja mmg bagus utk cungkil bakat2 baru utk jd pelapis dlm industry seni terutama utk bidang penyiaran dan lakonan. Ia akan jd lebih menarik dan relevan dlm media arus semasa kalau formatnya diubah ikut keperluan media semasa. Walaupan rupa paras atau penampilan diri adalah faktor asas dlm mana2 industry hiburan tp bakat2 lain jugak perlu ada utk tujuan kerja2 seni samada lakonan, modelling juga duta kpd produk2, pengacara program2 tv dsbnya, menyanyi, melawak atau apa2 bakat lain sbg extra bonus utk seseorg peserta itu lbh berjaya dlm bidang seni ini. Semua ini sepatutnya dijadikan spt satu akademi utk mencungkil bakat2 baru dan pengadil atau jurinya adalah dari kalangan org2 penting media, pengarah dan penerbit drama atau filem, bekas model atau pakar fesyen, wartawan2 hiburan dan pelakon2 yg punya pengalaman luas.
Nmpk cm dah alim skang tp masih lg sibuk dgn benda2 cmni
Ni satu lg atuk tua ni..da umur2 senja camni xyah le nk komen pasal hal remaja2 ni..bg org muda je komen..relevan le ape le..hampeh la tuk
Dah tua tua tu ingat ingatlah sikit jaga kesebersihan, terutama bila datang tempat orang.
Jangan jadi cluster sampah sungai pantai. Cakap berdegar degar, sampah bersepah atas meja. Ko buat kerja ko je sudah tak oayahnak menyebok kerja orang. Orang lain pun ada otak, ada degree, ada Masters. Jangan ingat ko sornag je yang bijak.
Aku rasa buat pertandingan hero tua lg bagus sebagai platform mencari bakat2 terpendam yg ketinggalan bas. Kumpulan hero tua nie adalah dari golongan berbakat tetapi tidak dpt tempat utk menonjolkan kebolehan mrk. Kira last kopek lah.