Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai kenyataan pelakon Datuk Rosyam Nor yang berpendapat rumah pelacuran adalah keperluan untuk pendatang asing.
Menerusi sesi podcast bertajuk Hitam Putih itu, Rosyam berkata lebih kurang 3 juta pendatang asing datang bekerja di negara kita dan rata-ratanya kaum lelaki.
BACA: Mak Jah Sebak Rosyam Nor Hadiahkan Kerusi Roda Elekrtik
@suhanchannelofficial Rumah pelacuran ni perlu?! ? EP 1 [PODCAST HITAM PUTIH KEHIDUPAN MUSIM 3] – PART 2 Full video di Youtube Suhan Channel & Usanita.? #podcast #podcasthitamputihkehidupan #suhanchannel #rosyamnor #usanita
? original sound – Podcast Hitam Putih Kehidupan – Suhan Channel Official
Menurutnya lagi, dengan adanya rumah mereka dapat ‘melepaskan nafsu’ selepas berjuhan dengan pasangan dan sekurangnya dapat mengurangkan isu rogol melibatkan warga asing.
“Pusat pelacuran ni… macam dia perlu. Ok sekarang ni pendatang yang datang ke negara kita ada lebih kurang tiga juta. Yang bekerja kat negara kita. Ini bini semua tinggal.
“Namanya pun lelaki. Kalau dia tak ‘keluarkan’, dia nak tonjol kat mana. Dia tengok anak bini kita, anak dara kita lalu… silap-silap dia rogol anak dara kita. Ia boleh jadi ke tahap tu,” katanya.
Diruangan komen ada dikalangan netizen yang tidak setuju kerana ianya bertentangan dengan ajaran Islam namun ada mengatakan pendapat pelakon itu ada logiknya kerana dapat membendung masalah jenayah seksual.