fbpx

Mak Jah Sebak Rosyam Nor Hadiahkan Kerusi Roda Elekrtik

Pelakon Mak Jah sebak apabila apabila pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor menghadiahkan sebuah kerusi roda elektrik buatnya baru-baru ini.

Memetik mStar Online, Mak Jah berkata Rosyam ada menghubunginya selepas membaca mengenai kisahnya yang berdepan masalah kesihatan.

BACA: Kumpul Bekalan Akhirat, Mak Jah Cuci Telekung Wakaf

Menurut Mak Jah, dia hanya bergurau meminta kerusi roda daripada aktor berkenaan namun tidak sangka Rosyam menghantar kerusi roda elektrik ke rumahnya.

Kata Mak Jah lagi, bukan hanya kerusi roda elektrik, Rosyam turut menghantar produk minuman kesihatan serta duit belanja RM500 setiap bulan.

“Rosyam Nor ada beri saya produk minuman kesihatan dan minta saya amalkan untuk kesihatan yang lebih baik. Tak hanya itu, Rosyam Nor turut bagi wang saku RM500 setiap bulanan untuk perbelanjaan ubat-ubatan saya,” katanya.

@adraabyrosyam

Salam semua, bagi pihak @Rosyam Nor , team Adraabyrosyam berjumpa dan memberikan sesuatu yang istimewa buat Mak Jah… seorang pelakon yang tidak lagi asing kepada masyarakat Malaysia, Adraabyrosyam dan terutama sekali Datuk Rosyam Nor. Kami berbesar hati ingin menghadiahkan sebuah kerusi roda elektrik kepadanya supaya dapat menjalani kehidupan seharian. Jom kita sama sama mendoakan kesihatan Mak Jah?

? original sound – Adraa by Rosyam – Adraa by Rosyam

Sementara itu, menerusi perkongsian di TikTok pihak Rosyam Nor berharap dengan pemberian kerusi roda itu dapat memudahkan Mak Jah menjalani kehidupan seharian.

“Salam semua. Bagi pihak Rosyam Nor, team Adraabyrosyam berjumpa dan memberikan sesuatu yang istimewa buat Mak Jah. Seorang pelakon yang tidak lagi asing kepada masyarakat Malaysia.

“Kami berbesar hati ingin menghadiahkan sebuah kerusi roda elektrik kepadanya supaya dapat menjalani kehidupan seharian. Jom kita sama-sama mendoakan kesihatan Mak Jah,” katanya.