fbpx

Rossa Sera Tak Nak Bermusuh Dengan Shuk, Tiada Masalah Penjagaan Anak

Nampaknya status rumah tangga pelawak Shuk Sahar dan isterinya, Rossa Sera seperti sudah berada di penghujung.

Memetik mStar Online, Sera berkata dia dan Shuk kini masih lagi menjadi persetujuan bersama serta berharap masalah mereka dapat diselesaikan dengan baik serta tiada persengketaan.

BACA: “Jaga Diri Baik-Baik Shuk, Tolong Kuat & Kita Sama-Sama Move On” – Rossa Sera

“Sejujurnya sudah ada perbincangan antara saya dan Shuk. Tapi kami masih lagi mencari titik persetujuan bersama… masih berusaha untuk berbincang sebaiknya.

“Tapi apa-apa pun, kami serahkan kepada pihak berwajib bagi menguruskan segalanya. Sudah tentu saya berharap dapat selesaikan masalah ini dengan cara terbaik untuk kami berdua.

“Tak ada bersengketaan, tak nak bermusuhan. Tak ada lagi masalah-masalah di masa akan datang kelak,” katanya.

Dalam pada itu, Sera berkata apa yang penting selepas ini adalah untuk dia dan Shuk menjadi ibu bapa yang baik untuk anak-anak mereka.

“Sebab kami masih mempunyai peluang untuk menjadi ibu dan ayah yang terbaik buat anak-anak kami. InsyaAllah bab jaga anak, saya dan Shuk tak ada masalah,” katanya.

Minggu lalu tular video dimana Shuk memakai kemeja hitam dan bersongkok berada di mahkamah seolah memberi bayangan tentang status rumah tangganya dengan isteri sedang bergolak.

Terdahulu, ketika dijemput ke program MeleTOP, Sera seolah memberi bayangan bahawa hubungannya dengan Shuk sebagai suami isteri bakal berakhir.