fbpx

Rossa Sera & Shuk Sahar Masih Berbincang Untuk Bersama Semula

Isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Rossa Sera berkata dia dan suami masih dalam perbincang untuk mereka kembali bersama atau tidak.

Memetik Harian Metro, Sera bagaimanapun berkata buat masa ini dia tidak boleh komen mengenai perkara itu kerana ia membabitkan banyak pihak.

BACA: Berat Badan Rossa Sera Susut 11Kg Bukan Sebab Makan Hati

“Nak cakap soal terima Shuk semula tu, saya tak boleh nak beri komen apa-apa sebab masih dalam perbincangan antara keluarga.

“Banyak pihak terbabit dalam proses perbincangan. Setakat ini tak ada komen untuk saya terima dia balik atau sebaliknya,” katanya.

Dalam pada itu, Sera mengakui perubahan Shuk yang kini ke arah lebih baik dan sudah tentu pelawak itu juga mahukan kehidupan lebih baik.

“Sudah tentu saya ada minta doa yang baik-baik, bukan saja dari segi rumah tangga kami, tapi daripada Shuk sendiri mesti dia pun nak yang baik-baik dalam hidupnya.

“Saya pun gembira dengan keadaan sekarang. Shuk dengan anak-anak semakin baik. Shuk pun dah nampak lebih baik dari sebelum ini yang umum tahu,” katanya.