fbpx

Pasti ramai tahu, baru-baru ini pelawak Shuk Sahar mengerjakan ibadah umrah bersama isterinya, Rossa Sera sekaligus membuatkan netizen gembira.

Bagaimanapun, baru-baru ini perkongsian Sera di Instagram seolah memberi bayangan perkahwinannya dengan Shuk sudah berakhir.

BACA: “Bukan Saya Jual Mahal, Hati Ini Masih Terluka” – Rossa Sera

Menerusi perkongsian di Insta Story itu, Sera turut meluahkan rasa kesal terhadap seorang wanita dipercayai Fara Salleh yang pernah dikaitkan dengan Shuk.

Menurut Sera, Fara masih mengganggu kehidupannya meskipun sudah tidak tinggal sebumbung bersama Shuk malah dia sanggup mengalah.

“Jahatnya manusia macam kau ni. Aku jadi saksi dengan mata kepala sendiri macam mana Shuk terseksa dulu sebab kau. Aku sanggup mengalah demi masa depan dan kesihatan mental kami suami isteri. Kau ugut macam-macam sampai bercerai berai pun. 

“Tetapi kau masih sia-siakan dia. Paling tak boleh blah bila dia tak nak layan, kau mula provoke macam-macam dulu,” tulisnya.

Malah, Sera turut dilihat memuat naik perbualan Shuk yang cuba memujuknya kembali Sera berkata dia sudah tawar hati dan menganggap hubungan mereka hanya kekal sebagai kawan.

“Berpisah banyak mengajar kami jadi ibu ayah yang baik demi masa depan anak-anak. Hubungan kami sebagai kawan lebih sihat daripada dulu rasa hidup macam neraka,” tulisnya.

Terdahulu, Sera berkata dia belum dapat memberikan jawapan sama ada untuk kembali bersama atau pun memilih untuk berpisah.