fbpx

“Bukan Saya Jual Mahal, Hati Ini Masih Terluka” – Rossa Sera

Isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Rossa Serra berkata dia belum dapat memberikan jawapan sama ada untuk kembali bersama atau pun memilih untuk berpisah.

Memetik Harian Metro, menerusi sesi live di TikTok Rossa berkata bukan dia tidak menghargai usaha suaminya itu tetapi hatinya masih lagi terluka dengan apa yang berlaku.

BACA: Shuk Ajak Rossa Sera Tunai Umrah Sebelum Terima Keputusan Mahkamah 

“Bukan kerana saya jual mahal atau tidak menghargai usaha Shuk, cuma sudah banyak yang berlaku. Hati ini masih lagi terluka.

“Sudah banyak kali sebenarnya soalan ini diajukan, tetapi saya tidak dapat memberikan jawapan yang tepat lagi. Walaupun kami masih lagi bersama atau tidak, saya berharap anda semua dapat memberikan sokongan walau apa jua keputusan yang kami ambil,” katanya.

Baru-baru ini, Shuk berkongsikan video menunaikan umrah bersama isterinya. Shuk berkata umrah kali ini sangat istimewa kerana dapat bersama Sera. 

November tahun lalu, Sera mendedahkan dia sudah memfailkan cerai terhadap Shuk selepas pelawak itu didakwa curang.