fbpx

Roslin Hashim Nikah Lagi 9 Julai Ini, Hantaran Berupa Persalinan Solat

Selepas perkahwinan beliau sebelum ini hanya bertahan 12 hari, Roslin Hashim nampaknya masih belum serik untuk berumahtangga.

Menurut berita terbaru yang di’bawakan oleh Utusan Malaysia, pemain badminton perseorangan negara ini bakal mengikat tali pernikahan pada 9 Julai ini.

Yang menjadi penarik perhatian kami ialah hantaran yang di’minta dari pihak perempuan — senaskhah al-Quran, telekung dan sejadah.

Sang wanita bertuah tersebut bernama Nurhayati Othman yang merupakan Pengarah Pemasaran dan Promosi, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Seorang yang berpangkat pengarah dalam institusi perfileman negara hanya pinta persalinan beribadat & senaskhah al-Quran. Kita perlukan lebih ramai wanita seperti ini.

Apa-apa pun, tahniah buat Roslin Hashin & Nurhayati Othman, jangan bikin gempar satu Malaysia lagi sudahlah. Semoga kekal sehingga ke pintu syurga. Fuh ayat!