fbpx

Roslan Aziz Rancang Comeback Konsert Ikhlas 1992 Untuk 2011. F* Yeah!

Hari ini di Twitter, rakyat jelata sibuk bercakap tentang memori mereka yang lahir tahun 80’an. Sudah tua masing masing.

Memori menyaksikan konsert terbesar & paling gah di Malaysia sehingga hari ini — Ikhlas 1992 patut di’masukkan.

Melalui Twitter juga, penyani kecil molek Atilia membuat kenyataan tidak rasmi akan kembali’nya konsert ini untuk tahun 2011.

Roslan Aziz yang juga mengepalai Konsert Ikhlas 1992 melalui Roslan Aziz Productions nampaknya akan sekali lagi menerajui kembalinya konsert epik itu untuk tahun 2011.

Ikhlas 1992 berjaya menjadi konsert terbesar pernah di’anjurkan di Malaysia sehingga ke hari ini dengan kehadiran lebih 45,000 penonton.

Kami tidak mempunyai maklumat lanjut berkenaan penganjuran semula Konsert Ikhlas 2011 ini namun yang pasti kami berharap ia’nya akan mengulangi kejayaan 1992.

Satu harapan kami untuk Konsert Ikhlas 2011 ini, jangan ketepikan Sheila Majid. She’s a legend now. Stay tuned