Rohana Jalil Sudah sedar Tapi Masih Kritikal Dalam ICU
Penyanyi Rohana Jalil dilapor sudah sedarkan diri dan mula memberikan tindak balas positif selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Memetik mStar Online, perkara itu dimaklumkan oleh sahabat baiknya Jaafar Onn sebentar tadi. Bagaimanapun Rohana masih di bawah pemantauan pakar dan menggunakan alat bantuan pernafasan.
BACA: Ibu Mahu Kilafairy Cepat Tamatkan Zaman Bujang
“Alhamdulillah saya baru dimaklumkan oleh anak Rohana iaitu Kilafairy bahawa ibunya kini sudah sedar dan boleh berinteraksi.
“Namun Rohana masih menggunakan alat bantuan pernafasan dan keadaannya masih dalam status kritikal lagi,” katanya.
Sementara itu, Jaafar berkata Rohana tidak boleh menerima lawatan daripada rakan-rakan dan hanya menunggu perkembangan daripada anak-anak penyanyi itu sahaja.
Dalam pada itu, Jaafar berkongsikan kali terakhir dia bertemu Rohana ketika bersama-sama menjayakan persembahan pada Ahad lalu.
Ketika itu dia melihat keadaan kesihatan penyanyi tiu tidak begitu baik dan Rohana sendiri memaklumkan dia tidak sihat namun tetap menghabiskan empat buah lagu.
“Masa kami bertemu Ahad lepas, saya rasa kondisi dia sudah ditahap tidak baik. Tapi dia tetap menyanyi untuk menghabiskan empat buat lagu.
“Sebelum tu dia memang ada cakap dia tak sihat. Perutnya sakit. Masa sedang menyanyi dia tidak boleh berdiri secara tiba-tiba,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Semuga segera sembuh, knowing Rohana she will never talk bad things about others. Sakit menghapuskan dosa, saya doakan Rohana Jalil cepat sembuh saperti biasa Dan terus kekal meningkatkan amalan Ibadah. Stay strong,.????