fbpx

Perkongsian pelakon dan pengacara Izzue Islam menjadi perhatian apabila menulis kapsyen ‘road to bertiga’ seolah memberi bayangan bakal menimang cahaya mata.

Memetik mStar Online, Izzue berkata kata-kata itu adalah azam untuk permulaan tahun 2024 bersama isterinya, Awin Nurin.

BACA: “Anak Bukan Punca Bahagia” – Izzue Islam Dah Lali Ditanya Soal Zuriat

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Izzue Islam ™ (@izzueislam)

“Belum lagi, itu adalah azam. Setiap kali masuk tahun baru itulah doa dan azam saya serta isteri. Setiap tahu azam yang sama sebab tahun lepas masih lagi berdua.

“Cuma harapkan tahun ini ada rezeki anak. Tapi kalau tak ada rezeki anak pun saya dan Awin bahagia saja,” katanya.

Dalam pada itu, Izzue berkata dia dan isteri masih belum berputus asa untuk mendapatkan cahaya mata selepas sepuluh tahun mendirikan cahaya mata.

Katatanya lagi, mereka sudah pun mendapatkan pemeriksaan kesihatan dan tiada masalah, namun mungkin belum ada rezeki lagi buat mereka.

“Kami ada buat pemeriksaan dengan doktor tapi dia pun kata kami tiada masalah mungkin belum rezeki.

“Boleh jadi juga sebab sibuk bekerja sampai tidur tak menentu. Kalau nak buat IVD memang kami kena bercuti dan berehat. Makan dan kesihatan memang kena jaga dengan baik,” katanya.