“Anak Bukan Punca Bahagia” – Izzue Islam Dah Lali Ditanya Soal Zuriat
Sudah sembilan tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Izzue Islam berkata dia sudah lali ditanya tentang soalan mengenai zuriat.
Memetik Utusan Online, Izzue berkata dia mengakui rimas asyik ditanya soalan tersebut naun tidak terasa hati selagi pertanyaan tersebut bukan mahu menyindir.
BACA: Wanita Tawar Jadi Isteri Kedua Nak Beri Zuriat, Izzue Islam Mohon Jaga Hati Isteri
“Ketika awal perkahwinan, saya memang rimas kalau orang asyik bertanya mengenai anak. Saya respons mengikut intonasi pertanyaan, apakah mereka betul-betul bertanya atau mahu menyindir.
“Daripada marah, lebih baik saya beredar. Kalau sekadar bersembang, saya jawab sahaja. Tiada masalah kerana saya dan isteri akur, belum rezeki untuk menimang cahaya mata,” katanya.
Ditanya sama ada pernah terfikir untuk mengambil anak angkat, Izzue mengakui pernah memikirkan perkara tersebut namun tidak mahu menanggung risiko bimbang tidak dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik.
“Saya pernah berbincang dengan Awin mengenai perkara ini. Namun, apabila difikirkan balik, saya jadi risau sebab takut anak terabai dan tidak mampu memberi kasih sayang sepenuhnya.
“Jadual kerja saya pula tidak menentu dan bimbang kalau dibawa ke hulu dan ke hilir, nanti jatuh sakit dan akan membebankan banyak pihak,” katanya.
Sementara itu, Izzue berkata jadual hariannya dipenuhi dengan komitmen kerja membuatkan dia tidak sempat rasa kesunyian serta dia bahagia dengan kehidupannya kini.
“Kalau orang cakap, anak adalah punca bahagia, kami pula mempunyai pendapat sendiri. Kebahagiaan itu boleh kita cipta, meskipun tanpa kehadiran cahaya mata.
“Alhamdulillah, saya bahagia dengan kehidupan sekarang. Cuma, sudah tentu ia akan menjadi lebih bermakna apabila dikurniakan anak.
“Ada juga yang memiliki ramai anak tetapi kehidupan porak-peranda, ditambah dengan kos sara hidup yang semakin meningkat,” katanya.
- SUMBER
- Utusan Online
Muda lg boss, nnt dah tua time job dah makin kurang atau xde, time sakit dh jd sebahagian dari idup ha masa tu baru laa terasa. Sbb masa aku dok wad dulu sblh aku ada sorg tu dia mmg uzur tp yg jaga dia adalah org dia upah sbb dia mmg kaya bnyk tanah ladang. Tp xde anak atau mungkin x kwin ..
Ada anak ke tak ada, redha je…rezeki dtg dlm pelbagai cara. Sesetgh ada anak, tp suami pulak curang.so, bkn rezeki dia utk ada suami baik.
Sesetgh ada anak, tp diri pulak sakit, xde rezeki kesihatan. Kekurangan kita blh jadi asbab utk kita rendah diri & dekat dgn Yang Maha Pencipta.xde org yg ada segala2nya
Just saying – ok la tu dia ada duit boleh upah org jaga. Kalau tak ada duit, tapi ada anak tak guna, lagi susah badan. Betul la tu, anak bukanla yang buat rumahtangga tu happy. Happy ni datang dari diri sendiri. Orang2 luar tak payah la nak sibuk orang tu ada or tak ada anak.
ada je yg ramai anak,sakit tua2 pun duk rmh org tua jgk. rezeki masing2 jgn kita pertikaikan.
dia ni bg statement nak sedapkan hati sendiri ke?
‘org kita’…suka menyibuk..bila nak kawin,bila nak dpt keja,bila nak ada anak,bila nak tambah anak…yg ramai ank Mula nak provok yg xda ank konon nnti dah tua xda org jaga,nnti xda keturunan…pastu yg dah kawen sibuk nk provok yg belom kawen konon nnti umur terlajak,nanti x merasa nikmat dunia..kalau dah mmg takdir hidup dia ke situ,nak persoalkan apa???? Kenapa tak tanya dgn tuhan bila org tu nak kawen nak ada anak…logik tak??? Tak logik kan…tuan punya bdn sndiri pun x tau bila smua tu akan jd rezeki dia…
Tp biasa la …
‘org kita’.
APALAH NASIB EK
DAH LAH BINI TAK LAWA ANAK PULAK TAK ADA. JOB PUN TAKDE. HAZABNYA HIDUP.