fbpx

Tengok warna pun dah menarik, inikan pulak ciri-ciri yang lain. Kami pasti anda pun jatuh cinta pandang pertama dengan telefon pintar baharu iaitu realme C11 ‘New Variant’ ini.

Dengan dua warna yang cantik iaitu mint green dan pepper grey, confirm buat anda nak tahu apa keistimewaan yang lain untuk realme kali ini kan?

Jom kita usha satu persatu.

1. RAM & Storage Yang Besar!

Kalau bab ni memang ramai yang suka ambik berat. Mana taknya, nak simpan gambar lah video lah mestilah kena storage dan ram yang besar kan?

Jadi, anda tak perlu risau sebabnya realme C11 ‘New Variant’ ini mempunyai 3GB RAM dan 32GB ROM (inbuilt storage). Wow! Besar kan. Pasni dah boleh simpan gambar banyak-banyak dalam telefon tu.

Anda tengok gambar ‘cik meow’ kita di bawah ni. Cantik kan? Inilah gambar yang diambil dari telefon pintar realme C11 ‘New Variant’. Clear betul!

Haa… kalau anda nak tahu, kamera di belakangnya ada dua, dengan kamera utama 13MP F2.2 dan dilengkapi mod Nightscape. Kamera hadapan pula 5MP, diletakkan di dalam takuk di atas skrin.

Pergh memang berbaloi ler kalau anda nak tangkap gambar nanti. Penuhkan jer galeri social media anda tu nanti. Barulah ramai followers baru!


2. Telefon Pintar Entry Level Dengan Harga Yang Menarik

Mana nak cari telefon pintar bajet dengan spesifikasi baik sekarang ni kan? realme C11’New Variant’ lah jawapannya. Hanya RM479 sahaja.

Sesuai sangat untuk anda yang nak telefon pintar bajet. Tak sampai RM500 pun anda dah boleh dapatkan realme C11 ‘New Variant’ yang sangat complete ini.


Kuasa realme C11 ‘New Variant’ ini juga digerakkan oleh pemproses Mediatek Helio G35 8-teras, dengan kelajuan mencecah 2.3GHz.

Ia juga memiliki skrin berukuran 6.5-inci HD, dengan takuk kecil di atas. Fuh menarik betul.

3. Reka Bentuk Premium Yang Ikonik

Bagi anda yang tak suka nampak telefon kotor dan bercalar, realme C11 ‘New Variant’ sememangnya pilihan yang bijak untuk anda beli kerana ia mempunyai reka bentuk premium ikonik.

Rekaan ini juga dipercayai mampu melindungi realme C11 ‘New Variant’ dari kesan calar secara lebih efektif. Hebat kan?

Bukan itu saja, realme C11 ‘New Variant’ juga mempunyai 450+ lengkung yang selesa dan susunan selari sebesar 0.1mm sahaja.

Kejap! Ada lagi…Kapasiti bateri 5,000mAh dimuatkan sebagai sumber tenaga kepada realme C11 ‘New Variant’.

Ia dicas melalui mikro-USB tanpa pengecasan pantas, cukup sekadar 10W sahaja. Amacam?

Jadi memang tak dapat disangkal lagi, realme C11 ‘New Variant’ adalah telefon pintar yang sangat berbaloi untuk anda milikinya.

Dengan kelebihan 3GB RAM dan 32GB ROM dan kamera utama 13MP F2.2 dan dilengkapi mod Nightscape, realme C11 ‘New Variant’ hanya dijual pada harga RM479 sahaja.

So apa lagi, jom lah ‘grab’ satu!