fbpx

RM200 Untuk Tonton Persembahan Khas Najwa Latif Live In Singapore?

Nampaknya Najwa Latif kini berada dalam kelas tersendiri kerana bukan calang calang harga tiket yang di’kenakan untuk menonton gadis ini membuat persembahan.

Walaupun kini beliau sedang sibuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Najwa Latif kekal aktif merancang perjalanan karier beliau selepas tamat peperiksaan kelak.

Dengan cuti yang panjang sebelum melanjutkan pelajaran, ini peluang Najwa Latif untuk bergerak lebih aktif dalam bidang nyanyian & Singapura menjadi destinasi pertama beliau.

Pada 21 Disember 2012, Najwa Latif akan tampil dengan satu persembahan eksklusif untuk 500 orang peminat sahaja di The Joyden Hall @ Bugis, Singapura dengan harga tiket SGD77.

Itu merupakan harga yang perlu anda bayar jika membeli tiket di’pintu masuk, tetapi jika anda beli sekarang, ianya boleh di’dapati dengan harga serendah SGD57.

Showcase Najwa Latif nanti ini juga akan turut menampilkan kumpulan Iamneeta dan juga sebuah kumpulan daripada Singapura iaitu Aryan Band. Tiket tiket ke Najwa Latif Live In Singapore boleh mula di’dapati di www.apesnap.com/event/najwalatif