fbpx

Rita Rudaini Dedah Sebab Sering Bersuara Di Media Sosial

Sebut sahaja nama Rita Rudaini, umum mengetahui pelakon itu lantang bersuara dan sering memberikan pendapat secara terbuka di media sosial.

Baru-baru ini menerusi satu perkongsian di Insta Story, Rita mendedahkan dia pernah menerima banyak teguran supaya menutup mulut mengenai sesuatu isu. Rita bagaimanapun menegaskan dia bukan seorang individu yang suka melihat penindasan terutama melibatkan dirinya sendiri.

BACA: Hilang Kerja, Hilang Hak Kebebasan, Rita Rudaini Tak Takut

“Dari awal dulu, ada yang menegur saya..supaya tak payah lah bercakap, tak payah lah ambil tahu. Biarkan..Kita jaga kita sudah..

Saya bukan jenis yang suka tengok penindasan pada orang lain apatah lagi penindasan pada diri sendiri. Saya taknak jaga bontot saya sorang-sorang,” tulisnya.

Rita juga mendedahkan dia pernah menolak bayaran berlakon apabila mengetahui ada kru yang tidak mendapat bayaran. Rita turut menyifatkan mereka yang hanya mementingkan sendiri seperti syaitan bisu.

“Saya tak nak jaga bontot saya sorang-sorang. Maaf, saya bukan jenis yang pentingkan periuk nasi sendiri.

“Pada saya, orang yang membisu dan hanya jaga diri sendiri adalah mementingkan diri sendiri umpama syaitan bisu, sanggup tengok penderitaan orang lain asalkan diri tak terkena tempias,” tulisnya lagi.

Diakhir perkongsiannya itu, Rita turut mengatakan dia boleh sahaja duduk di rumah berdiam diri dan hanya melihat kesusahan orang lain kerana ia tidak menjejaskan kehidupannya.