fbpx

Rita Rudaini Mohon Aidil Tak Cari Anak-Anak

Pelakon Rita Rudaini memohon kepada bekas suaminya iaitu Aidil Zafuan untuk tidak mengganggunya serta kedua anak merkea iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna di masa akan datang.

Menerusi temu bual bersama Hlive, Rita berkata dia sudah memberi masa kepada bekas suaminya untuk berbuat demikian namun kini anak-anaknya sudah besar.

BACA: “Sekarang You Disondol Balik, Kifarah You Buat Ex Wife Dulu” – Rita Rudaini

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

“Saya ada due date, expired date, date tu dah habis, saya bagi masa sampai anak nak masuk tadika, anak saya dah masuk darjah 1 tu pun takde. Jadi bagi saya cukuplah, jangan ganggu kami, biar saya dengan anak-anak bahagia cara sendiri,” katanya.

Menurut Rita lagi, jika benar mahu datang berjumpa sepatutnya ketika mereka masih kecil lagi dan anak-anak tidak ada memori bersama bapa mereka kerana ditinggalkan sejak kecil.

“Tak perlu nak datang, anak saya dah besar. Kalau nak datang, datang masa anak saya masih kecil. Masa ditinggalkan waktu 8 bulan dan 2 tahun,” katanya.

Untuk rekod, Rita Rudaini dan Aidil Zafuan pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2008 tetapi perkahwinan mereka berakhir pada tahun 2013.

SUMBER: Hlive