fbpx

Rita Rudaini Jadi Tempat Para Peminat Rujuk Masalah Rumah Tangga

Mungkin kerana melihatkan kehidupan Rita Rudaini seringkali berkitar mengenai rumah tangga, peminat dalam masa yang sama sering meminta pendapat dan nasihat berkaitan masalah rumah tangga daripada selebriti ini.

BACA: Rita Rudaini Mengamuk Dengan Datin Dalam Kapal Terbang

“Kebanyakan wanita selalu tanya boleh tak minta alamat e-mel untuk berkongsi masalah rumah tangga kerana dugaan yang mereka lalui itu lebih kurang macam saya. Ada juga yang bertanya pada saya apa yang mereka perlu buat mengenai masalah perkahwinan yang timbul itu?”

“Bagi saya, apa yang dah lepas, biarlah ia berlalu. Tetapi saya rajin juga kongsi aktiviti harian saya. Malah, jika berdepan dengan sesuatu masalah pada hari berkenaan, saya akan berkongsi dengan peminat. Ia sekadar perkongsian yang mungkin boleh menjadi pengajaran dan teladan buat yang membacanya”

“Serba salah jadinya tetapi saya mengambil langkah untuk tidak membalas mesej dan komen mereka. Takut tersalah bagi nasihat pula,” jelasnya kepada mStar Online. Bagi kami, peminat yang bertanyakan soalan sebegitu sepatutnya berjumpa dengan mereka yang pakar dalam bidang tersebut. (rtky/s)