Bukan mudah untuk menjadi ibu tunggal dan perkara itu dilalui sendiri oleh Rita Rudaini dan bagi pelakon wanita ini, apa yang lebih penting adalah kebahagiaan anak-anaknya.
BACA: Rita Rudaini: Izreen Bermadu, Bukan Rampas Suami
“Bukan senang jadi ibu tunggal. Saya kena kerja lebih untuk membahagiakan anak-anak, termasuk mengatur perbelanjaan sekolah mereka. Jauh lagi perjalanan ini. Iyalah, saya bukan ada orang ‘bela'”
“Saya sendirian menanggung dan membela anak. Tapi, alhamdulillah, rezeki anak ada saja. Cukup makan dan pakai untuk kami anak beranak, saya sudah bersyukur,” kongsinya kepada BH Online.
Sementara itu Rita menjelaskan bahawa apa yang lebih bernilai buatnya ketika ini adalah apabila dia dapat melihat anak-anaknya membesar di depan mata. (rtky/s)