Rita Rudaini Bangga Anak Raih Anugerah Cemerlang
Pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa terharu dan bangga apabila anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin mendapat anugerah cemerlang bagi semua subjek.
Menurut Rita, anaknya itu juga mendapat Anugerah Pelajar Terbaik Kelas bagi tahun 2020 selain pelajar terbaik bagi mata pelajaran bahasa Arab dan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT).
BACA: Sekali Lagi Nama Digugurkan, Rita Rudaini Dakwa Didiskriminasi
“Alhamdulillah. Sebab itu, saya tidak kisah berhabis untuk berikan yang terbaik. Macam Rayyan, dia memang fokus untuk semua subjek. Dia akan bising kalau tak dapat markah penuh.
“Saya pula bukan semua subjek tahu. Apa yang saya boleh tolong ajar, saya bantu. Selebihnya dia memang belajar dengan cikgu dan saya turut sediakan kelas tuisyen,” katanya.
Tutur berkongsikan berita gembira itu di Instagram, Rita turut mengucapkan terima kasih kepada guru yang mendidik serta mencurahkan ilmu kepada anaknya.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Rita merancang untuk menghantar kedua anak lelakinya itu ke Pusat Pendidikan Tahfiz, malah anaknya juga turut berminat.
“Insya-Allah, untuk peringkat menengah nanti kalau boleh nak hantar Rayyan dan Arjuna ke tahfiz. Mereka pun berminat. Saya percaya, ini saja saham akhirat yang saya ada yang dititipkan oleh Allah kepada saya.
“Saya gembira melihat kejayaan anak-anak. Saya selalu pesan, nak berjaya di dunia dan akhirat kena rajin solat, mengaji, dengar cakap orang tua dan sentiasa berbuat baik,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
Cerdik……..
Aku ada 2 org anak buah yg sejak umur 5 tahun dah hntr ke tahfiz tp skang yg abg dah 19 tahun kerja bengkel cat dan adik yg umur 17 tahun jual burger. Ingatan dah besar jd ustaz ajar di madrasah mrk belajar tp dah besar mrk x minat pun nk jd ustaz. Bdk2 skang bkn boleh paksa nnt lari!
Jgn la cakap macam tu….positif la…anak-anak perlu doa dari ibu bapa untuk berjaya
Bkn nk ckp negatif ke apa tp kita kena fahami realiti yg berlaku di keliling kita utk belajar dari kesilapan org lain. Xde mak bpk dlm dunia ni yg nk tngk anak2 yg mrk besarkan nnt jadi pondan, jd penagih dadah, jd mat rempit, jd perasuah atau mkn rasuah, jd perogol, gila seks etc. Tp semua yg berlaku kdg2 adalah kifarah dari dosa2 msk bapak itu sendiri masa mrk muda. Ye mungkin dah tua mrk sempat taubat tp sbg penebus dosa kifarah akan tetap berlaku. Mungkin kifarah itu dia terima dlm bentuk sakit, kesusahan, kemiskinan, x disukai org keliling tp mungkin jugak kifarah itu dia terima melalui anak2, suami, isteri, ibu mertua, pak mertua dsbnya
Sorry to say but I dont think Tuhan begitu kejam untuk jadikan seseorang anak begitu based on dosa mak bapa dorg masa muda. Tuhan seorang yang pemaaf dan kasih sayang. Selagi kita hidup, kita sentiasa boleh bertaubat. Pasal anak tu, based on didikan juga. Tapi, inilah dunia. Penuh dengan dugaan. Dan you punya anak buah masih muda lagi. Perjalanan masih panjang. 19 tahun kerja bengkel cat, dan yang satu lagi jual burger. Apa2 boleh berubah sekelip mata asalkan mereka berusaha dan percaya yang mereka boleh berjaya.
Tak baik ckp mcm tu. Abis tu yg pak bilal makan anak dr kecik smpai ke besor. Sape punye kifarah? Yg kat palestin, syria tu perang tak sudah kifarah sape? Bapak imam tapi anak mcm puaka, kifarah sape? Kwn aku sejak dari muda seks bebas, tpi anak die punye la bijak, soleh solehah, mcm mane pulak tu?Hidup ni telah tertulis sejak di luh mahfuz.redha dgn ketentuan Allah.
Lala nk komen tu hati2 ye..tuhan seorang pemaaf? Tuhan bkn orang ye lala..
Hi Lily,
Yes, mmg Tuhan tu pemaaf. Kenapa? Tuhan sayang umatnya. Sebab itulah dia sentiasa memaafkan kita. Tuhan memang bukan orang. Tuhan seorang yang sempurna. Dia bukan seorang yang zalim. Kenapa? Tuhan kamu macam mana?
syukur anak yg baik, semoga terus cemerlang dlm pelajaran, agama & kehidupan selalu.. paling penting jaga dgn kasih sayang, sanjungi & cintai lah ibu dunia akhirat.
Alhamdulillah dan ucapan tahniah buat Airit.
Well done, dear boy! Always make your mommy proud of you. You have a long journey to go & aunty wish you all the best!
Keep going and achieve your dream to be the best among the best!
Lupa pula ucap tahniah… Tahniah Airit, semoga sukses sampai bila2…
Wahai manusia, Allah tak berikan kita pengetahuan dan kebijaksanaan tentang kifarah kerana itu cuma milikNya saje dan semua yg berlaku adalah rahsiaNya, manusia cuma hambaNya saje, hamba tak boleh buat kerja sang pencipta.
TIap bulan ada je cerita pasal makcik ni eh, dia ni bayar Rotikaya dan semua wartawan ke supaya berita dia keluar tiap bulan.
Saja tanya.
Subjek arab ngn rbt je pown.rajin baca buku hafal okla.igt dpt highest math/ english or science.tu mmg betulla pandai
Tahniah Airit, semoga tetap jd anak yg soleh dan sentiasa menjadi pelajar yg bijak, kipidap good work
Lala – Well said… Some people ni xleh tolerate… Bukan dia xfaham maksud u tapi bitter xhabis, saja je nak jd puaka.Cakap lebih melenting pulak. Apapun sememangnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Buka bengkel jual burger pun bagus asal halal. Semoga diberkati.