fbpx

Rita Rudaini Mengaku Rapat Dengan Donna Muslim

Bermula dengan panggilan boyfriend kepada Donna Muslim di Instagram, ramai yang mula mempersoalkan sejauh mana hubungan Rita Rudaini bersama pengacara itu. Apabila ditanyakan mengenai perkara itu, Rita menafikan dirinya mempunyai hubungan istimewa bersama Donna, namun mengakui beliau antara lelaki yang paling rapat dengannya pada ketika ini.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

BACA: Jejaka Paling Rapat Dengan Rita Rudaini Meninggal Dunia

“Kami berkawan saja dan saya pun selesa mengenali dirinya. Dia juga antara lelaki yang paling rapat dengan saya pada ketika ini. Saya mula mengenalinya pada tahun lalu, tetapi ketika itu perkenalan kami biasa saja. Saya lihat, dia seorang yang menghormati orang di sekelilingnya dan kurang bersosial. Pada masa sama, kami serasi dalam apa saja topik yang dibualkan.

“Ada juga saya membaca komen-komen dari peminat yang mendoakan jodoh kami berdua. Namun bagi saya, ianya hanya sekadar satu usikan kepada saya,” katanya kepada Berita Harian Online berhubung dengan dakwaan yang mengatakan mereka mempunyai hubungan cinta.

Manakala kekerapan Donna berkunjung ke restoran milik Rita, Rumah Kueh mengukuhkan lagi dakwaan mengatakan mereka bercinta selain hubungan mesra diantara mereka yang sering dilihat bagi sesiapa yang sering berkunjung ke restoran itu. Sementara itu, Rita memaklumkan bahawa sikap dan personaliti Donna membuatkan beliau senang berkawan dengannya.

Terdahulu, Rita dan Donna sering dilihat saling berbalas komen di laman Instagram dan kelihatan begitu mesra sekali sehingga mengundang tanda tanya peminat mengenai hubungan mereka. Pada masa yang sama, mereka sekaligus menjadi usikan peminat yang gembira melihat hubungan mereka, sebagaimana masing-masing juga masih bujang dan secocok bersama. (rkty/w)