fbpx

Rita Rudaini: Aidil Zafuan Belum Bayar RM30,000 Saya

Pada 5 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memerintahkan Aidil Zafuan untuk melangsaikan wang mutaah kepada bekas isterinya, Rita Rudaini sebanyak RM30,000 namun sehingga kini dia masih belum menerima sebarang bayaran.

BACA: Rita Rudaini: Hati Saya Sudah Tertutup Rapat Untuk Lelaki

“Saya masih tidak dapat apa-apa bayaran untuk wang mutaah saya. Saya pun tak tahu mengapa dia masih tidak melangsaikannya lagi sedangkan dia sendiri pernah berkata tidak mahu berhutang dengan sesiapa dan mahu segera selesaikannya”

“Sepatutnya dia sudah mula membayarnya kerana surat daripada mahkamah pun sudah dihantar.Sekarang ini hanya menunggu dia untuk selesaikannya sahaja,” jelasnya kepada portal Murai.

“Sebelum ini saya tahu ramai wanita di luar sana yang tidak suka saya buat begini, ada yang kata saya tidak boleh move on lagi, tapi sekarang kebanyakkan mereka sudah sedar akan tujuan saya melakukan tuntutan tersebut.

“Saya bukan tak move on tetapi saya ada harga diri dan saya nak move on dengan cara saya iaitu cara terhormat dan memberitahu pihak lelaki yang kita juga ada maruah,” katanya. (rtky/s)