fbpx

Risteena Kongsi Semula Posting IG Ibu Aliff Aziz Tentang Aib

Hari ini hangat diperkatakan mengenai dakwaan isteri kepada Aliff Aziz iaitu Bella Astillah didakwa menjalin hubungan dengan pelakon baharu iaitu Muaz Zabir.

Turut menjadi perhatian posting pelakon Risteena di Insta Story apabila memuat naik semula hantaran ibu kepada Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza mengenai aib.

BACA: Risteena Nak Saman Netizen Fitnah Ruhainies

Perkongsian Hafiza berbunyi ‘Aku malu saat dianggap baik padahal aku seorang pendosa hebat, hanya saja Allah sedang menutupi aibku’ menjadi perhatian netizen.

Terdahulu, Ruhainies dan Aliff Aziz ditangkap khalwat di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur. Ruhainies berkata pada malam tersebut adik beradiknya bercadang untuk makan dan bermalam di rumahnya.

Ruhainies berkata kakaknya yang juga pelakon Risteena tersangkut dalam kesesakan lalu lintas dan dia membuat keputusan untuk naik ke atas untuk meletakkan barang.

Tegas Ruhainies lagi, dia dan Aliff hanya kawan biasa dan bekerjasama dalam drama. Malah, dia sayangkan persahabatannya dengan Bella serta berharap dia dan Aliff tidak akan berpisah.