Pelakon Riena Diana berkata dia mengambil pendekatan kurang berkongsikan momen manis bersama kekasihnya, Keith Foo di media sosial selepas menyedari ramai yang kurang senang.
Memetik Kosmo, Riena berkata banyak komen negatif diterima daripada netizen yang senang melihat hubungannya dengan Keith serta mengecam di ruangan komen.
BACA: “Dia Yang Tergila-Gilakan Saya, Hampir Nak Bomoh” – Riena Diana
“Risau, memang ada yang restu tetapi ramai juga mengecam hubungan kami dalam ruangan komen. Takut juga baca komen-komen netizen, ialah risau semua yang kita rencanakan tidak menjadi.
“Sebab itu saya pilih untuk kurang berkongsi momen manis bersama Keith termasuk video dalam media sosial lagi Ketika ini,” katanya.
Sementara itu, Riena berkata Keith turut melakukan perkara sama serta kini lebih berhati-hati dalam memuat naik perkongsian kerana bimbang dengan penyakit ain.
“Sudah sangat kurang berkongsi sebenarnya, Keith pun begitu. Kami nak elak penyakit ain dan tahu tahap kesihatan mental tidaklah sentiasa okey, lebih-lebih lagi setiap kali baca komen netizen.
“Kadang-kadang jari rasa sangat ringan nak balas komen tetapi setiap kali nak lakukan, saya anggap mereka kurang ilmu pengetahuan,” katanya.
SUMBER: Kosmo