fbpx

“Dia Yang Tergila-Gilakan Saya, Hampir Nak Bomoh” – Riena Diana

Umum mengetahui, pelakon Riena Diana dan Keith Foo berkongsikan mereka kini menjalin hubungan istimewa sejak terbabit penggambaran drama bersiri Salju Rindu.

Baru-baru ini, menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Riena mengusik kekasihnya itu apabila diminta berkongsi detik pertama cinta berputik antara mereka.

BACA: Riena Diana Tak Nak Sorok Hubungan Dengan Keith Foo

Apa yang menghiburkan, Riena turut berseloroh mengusik Keith bahawa aktor tersebut ‘tergilakan’ dirinya.

“Cerita sahaja macam mana awak tergilakan saya. Benda baik jangan malu. Tanya Keith, sebab dia yang tergilakan saya. Ceritalah jangan malu-malu, jangan malu-malu sayang.

“Hampir nak bomoh, sebab terlampau sukakan Riena Diana. Sebab saya tak pandang dia,” katanya.

Dalam pada itu, Riena turut memuji sikap teman lelakinya itu seorang yang kelakar namun dalam masa yang sama tegas serta mempunyai kriteria ‘husband material’.

“Dia sebenarnya seorang yang kelakar walaupun tak tunjuk sangat tapi pada masa sama dia sangat tegas. Saya pula susah nak dengar cakap orang, tapi cakap Keith saya dengar. ‘Husband material’,” katanya.

SUMBER: Kosmo