fbpx

Rindukan Bapa, Anak Aliff Aziz Meraung Nak Masuk Singapura

Sudah beberapa bulan terpisah dengan Aliff Aziz yang berada di Singapura susulan COVID-19, baru-baru ini Bella Astillah berkongsikan video anaknya, Ayden Adrean dilihat menangis meraung kerana mahu bertemu bapanya.

Menerusi video tersebut, Ayden menangis sambil menyebut ‘daddy’ berulang kali. Lebih meruntun jiwa, Aydan dilihat makin teresak-esak tidak mahu masuk ke dalam rumah dan menyatakan hasrat ingin ke Singapura untuk berjumpa dengan bapanya.

BACA: Walaupun Masuk Penjara, Bella Astillah Tetap Bangga Dengan Aliff Aziz

“Daddy, daddy… Ayden tak nak masuk dalam rumah… Ayden nak masuk Singapore…” raungnya.

Dalam pada itu, Bella berkata itu bukan kali pertama Ayden berkelakuan sedemikian rupa kerana terlalu rindukan bapanya.

Diruangan komen, rata-rata netizen turut sedih melihat Ayden serta berharap anak kecil itu dapat berjumpa dengan bapanya tidak lama lagi dan mendoakan segalanya dipermudahkan.