fbpx

Umum mengetahui, ibu kepada selebriti popular Neelofa iaitu Datin Noor Kartini berada di Tanah Suci Mekah bersama Ameera Khan untuk menunaikan ibadah umrah.

Menerusi satu perkongsian di Instagram baru-baru ini, Datin Kartini memohon maaf jika seandainya ada salah dan silap serta mendoakan agar ibadah umrahnya dipermudahkan.

BACA: Usia Dah Masuk 10 Bulan, Neelofa Kongsi Bilal Dah Boleh Jalan 4 Hingga 5 Langkah

Sementara itu, perkongsian Neelofa menjadi perhatian meluahkan rasa rindu pada Tanah Suci Mekah serta memuat naik semula Insta Story ibunya yang berada di sana.

“Rindu Mekah, sakit dada tengok video-video orang lain kat sana”, tulisnya.

Untuk rekod, Neelofa menunaikan ibadah haji buat pertama kali pada tahun 2016 dan kali kedua pada 2019 bersama ibu dan juga dua adik lelakinya.