fbpx

‘Rindu Awak 200%’ Kuasai Anugerah DFKL Edisi Kedua

Buat kali kedua, sebuah majlis anugerah khas diadakan untuk menghargai drama drama kegemaran ramai yang mendapat kadar tontonan di TV3 & TV9 sepanjang tahun diadakan dan kali ini, Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) dilihat memperlihatkan saingan yang lebih hebat.

BACA: Love You Mr Arrogant Kuasai Anugerah DFKL Edisi Pertama

Mempertaruhkan tujuh kategori utama untuk edisi sulung ini, Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) nampaknya dikuasai oleh drama Rindu Awak 200% apabila berjaya membawa pulang tiga kemenangan termasuk Drama Pilihan.

Pelakon utama drama popular ini,Zul Ariffin berjaya merangkul Pelakon Lelaki Pilihan. Sementara itu, pengarah drama tersebut, Aidilfitri Mohamed Yunus turut memenangi kategori Pengarah Drama Pilihan. Selain itu, penulis skrip Rindu Awak 200%, Nieza Nahar turut memenangi kateogri Penulis Skrip Drama.

Manakala Drama Pendek Pilihan yang diadili oleh juri profesional telah memilih drama Luahan Abah arahan Muhamad Haizad Hashim sebagai juara dan berjaya meraih hadiah wang tunai berjumlah RM10,000.

Drama Pilihan: Rindu Awak 200%
Pelakon Lelaki Drama Pilihan: Zul Ariffin
Pelakon Wanita Drama Pilihan: Amyra Rosli
Pengarah Drama Pilihan: Mohamed Yunus (Rindu Awak 200%)
Penulis Skrip Drama Pilihan: Nieza Nahar(Rindu Awak 200%)
Barisan Pelakon Drama Pilihan: Selamat Pengantin Madu
Hero & Heroin Drama Pilihan: Sharnaaz Ahmad & Nelydia Senrose
Drama Pendek Pilihan: Luahan Abah