fbpx

Rihana Petra Dedah Kisah Pertemuan Dengan Sultan Muhammad V

Umum mengetahui bahawa Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sudah pun bernikah dengan bekas Ratu Cantik Rusia, Rihana Oksana Petra.

Lebih menggembirakan pasangan ini juga baru saja dikurniakan putera sulung pada 21 Mei lalu, diberi nama Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra.

BACA: Tun Mahathir Tak Tahu Agong Sudah Kahwin

Baru-baru ini menerusi Instagram, Rihana berkongsi cerita manis detik pertemuannya dengan suami yang berlaku ketika musim bunga di Eropah dua tahun lalu.

Semasa pertemuan itu, Sultan Muhammad V memperkenalkan diri sebagai Raja Malaysia. Bagaimanapun, Rihana tidak mempercayainya dan menganggap ianya hanya gurauan.

“Kami bertemu pada musim bunga 2017 di Eropah. Pada masa itu saya bekerjasama dengan rakan karib kami, Jacob Arabo. Selepas acara itu, kami pergi untuk makan malam, di mana saya berjumpa dengan seorang lelaki.

“Beliau memperkenalkan dirinya sebagai Raja Malaysia (Sultan di Malaysia). Saya menganggap itu sebagai jenaka semata-mata, dan saya pula bergurau bahawa saya juga adalah ratu di Moscow,” cerita Oksana.

Sejak pertemuan itu, mereka terus berhubung sehinggalah Rihana terbaca berita mengenai perlantikan Sultan Muhammad V sebagai Yang Di-Pertuan Agong yang ke-15.

Bagaimanapun, Rihana tidak menceritakan sepenuhnya kisah beliau dengan baginda dan kemungkinan akan ada sambungan pada perkongsian seterusnya.