Rihana Oksana Terpaksa Jual Cincin Kahwin Bayar Bil Perubatan
Nampaknya isu mengenai rumah tangga bekas Ratu Cantik Rusia, Rihana Oksana dengan Sultan Muhammad V masih belum berkesudahan lagi. Terbaru, Rihana memberitahu dia terpaksa menjual cincin kahwinnya bernilai £ 203,000 (RM1juta).
Menurutnya, dia sangat terdesak dan memerlukan wang selepas ditinggalkan ketika sedang hamil 4 bulan. Ujarnya lagi, wang tersebut digunakan untuk menampung bil perubatannya di Switzerland dan mendedahkan hampir kehilangan anaknya berikutan Leon berdepan beberapa komplikasi ketika dalam kandungan.
BACA: Rihana Oksana Tuntut Rumah Agam, Nafkah RM123,000 Sebulan
Daily Mail malaporkan, Rihana mendakwa dia terpaksa menjual cincin rekaan Jacob Arabo iaitu sama seperti dipakai oleh Victoria Beckham tiga kali kurang daripada nilai asalnya.
“Saya tidak akan menyatakan harga saya menjualnya, tetapi ia adalah tiga kali kurang daripada kosnya,” katanya.
Terdahulu, Rihana mendakwa dia dan anaknya sudah tidak bertemu dengan Sultan Muhammad V sejak Disember tahun lalu. Rihana turut mendakwa baginda seolah cuba bersembunyi daripadanya.
Minggu lalu, The Sun UK melaporkan Rihana didakwa menuntut sebuah rumah agam bernilai £8 juta (RM41.2 juta) berserta nafkah anaknya sebanyak £24,000 (RM123,694) sebulan.
- SUMBER
- Free Malaysia Today
Elok la guna duit tuk anak sendiri. Orang da buang anak nak heran ape lagi. Jual je ape ada. Laki….. Biasa la…bazir duit rakyat
Seriously aku rasa dia ni desperate attention. Macam2 version story daripada dia. Pakai lawyer la kalau nak claim macam2. Don’t make it public.
Sebab nak mahal, mestilah. Kan anak dia rakyat malaysia, suami pun rakyat malaysia. Perubatan di Malaysia pun top, terbaik di dunia, ada subsidi lagi. Kenapa tak pilih Malaysia?
Kau org percaya la scammer ni …
apsal kau tak gi spital selayang je kak. muroh. rm1 je register. layanan pun tiptop.
Dia dah mula jaja berita di media2 barat memburuk2kan imej sultan kelantan sbg sorg yg x bertanggungjawab. Mana dia pejuang2 politik maruah melayu? Korg nk biar ke pompuan rusia ni hina institusi raja melayu???
Oksana darling. tunjuk ler muka anak tu nak tengok Ada Iras tak sultan buncit tu atau kemelayuan sikit ke, sultan nie pun bukan Nye suci murni, Mana tau dia bunting kan Oksana sebelum nikah ke pastu lari lols
Sultan Kelantan niekn SELERA dia bezz..wife dia semua muka boleh tahan..seorg muka cina,seorg lgi ala² arab..ILMU apa dia AMALKAN??!
Oksana tak tahu ke..pompuan mlysia yg biasa2 dpt Cincin kawen pun dlm 1000.00 rgt. Klau lebih pun gelang atau rantai dlm 1000.00..itupun klau ada extra.
Hntaran 10k ke 15 dh cukup panggil 1atau 2 tmn perumahan..ikut kluasan kpglah.
Kau punya cincin rm1 million ke atas…x cukupkah. Mhl sgtkah perblnjaan kt sana.
Bersyukur lah kamu msih sihat.dn dpt cri Wang.. tak perlulah menghrp yg tiada berkesudahan.
Cinta tak perlu di pksa rihana oksana.
Hargai diri anda sebagai seorg wanita Dan seorg ibu.
Allah shj yg tahu segalanya siapa yg benar dn Salah.
Korg smua ni kalis api neraka ke?
Sy Doakan awk Tabah,tenang,bahagia, dimudahkan segala urusan dimana Saja awak berada.
Rihana, pls don’t give up, we are Malaysian, always pray the good for you and son