fbpx

Rihana Oksana Dakwa Sultan Pernah Kahwini Wanita Czech

Sebelum ini, bekas Ratu Cantik Rusia, Rihana Oksana Petra mendakwa mahu menceritakan perkara sebenar yang berlaku mengenai perhubungannya dengan Sultan Muhammad V.

Nampaknya, Rihana dilihat mula membongkar satu demi satu perkara tersebut. Menerusi perkongsian terbarunya, Rihana menceritakan kisah perkenalan mereka dan beliau yakin bahawa baginda adalah bakal ayah kepada anak-anaknya.

BACA: Rihana Oksana Minta Alamat Istana, Mahu Jumpa Bonda Sultan

Apa yang mengejutkan adalah Rihana turut mendedahkan perkara yang tidak diketahui umum sebelum ini iaitu kisah hidup peribadi Sultan Muhammad V. Rihana mendakwa baginda pernah berkahwin dengan wanita Republik Czech dan bercerai pada tahun 2015.

Rihana mendakwa hubungan mereka tidak berakhir dengan perceraian kerana wanita itu hanya mahukan wang dan bukannya memberikan zuriat.

Malah, wanita Czech itu juga didakwa masih berstatus isteri orang dan menipu dirinya janda. Kata Rihana lagi, wanita itu juga kerana tidak pernah menyelesaikan proses perceraian perkahwinannya terdahulu.

Dalam pada itu, menerusi perkongsian Insta Story, Rihana memuat naik status akan menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada peguam Sultan Kelantan, Koh Tien Hua di atas kenyataan fitnah sebelum ini mengenai status bayinya.

Terdahulu, peguam Sultan Kelantan, Koh Tien Hua mempersoalkan bahawa tiada bukti mengatakan Sultan Muhammad V adalah bapa kandung kepada bayi berkenaan.