fbpx

Riezman, Kartina Sah Bercerai

Pelakon popular, Riezman Khuzaimi dan isteri, Kartina Ayoob sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini menurut laporan Harian Metro.

Riezman atau nama sebenarnya, Mohd Rizman Mohd Khuzaimi melafazkan talak satu dalam keadaan sebak di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkannya.

Sebelum melafazkan cerai, pasangan itu bersalaman dan bermaafan buat kali terakhir sebagai pasangan suami isteri. Terdahulu, ketika menjawab soalan hakim, Riezman memberitahu, mereka mengambil keputusan untuk bercerai kerana sudah tiada persefahaman.

Sementara itu, ketika ditemui media di luar mahkamah, Riezman yang masih dalam keadaan sugul dan sebak enggan mengulas lanjut mengenai perceraian itu. (rtky/m)