fbpx

Riena Diana Kini Bercinta Dengan Keith Foo, Akui Bahagia

Pelakon Riena Diana dan Keith Foo berkongsikan mereka kini menjalin hubungan istimewa sejak terbabit penggambaran drama bersiri Salju Rindu.

Memetik Harian Metro, Riena turut memohon orang ramai untuk mendoakan agar hubungan cinta yang baru berputik itu kekal selamanya.

BACA Diana Sedia Lakon Babak Ranjang Tapi Bersyarat

“Ya. Saya sudah temui kebahagiaan saya sekarang. “Keith seorang lelaki yang baik dan kami saling mengambil berat antara satu sama lain,” katanya.

Sementara itu, Riena mendedahkan dia sudah bertemu dengan anak aktor itu serta keluarganya. Katanya lagi, mereka baru saja berkenalan serta meminta mendoakan yang baik-baik buat mereka.

“Saya tahu mengenai statusnya  (duda anak satu) dan ia bukan satu masalah untuk saya memandangkan kami sedang menguruskan perkara ini.

“Saya pun sudah berjumpa dengan anak dan keluarganya . Cuma kami baru saja berkenalan dan tak tahu apa yang akan berlaku pada masa mendatang. 

“Saya enggan terlalu memikirkan soal perhubungan ini,  sebaliknya saya serahkan kepada takdir. Doakan yang terbaik buat kami,” katanya.

Dalam pada itu, Keith berkata Riena memiliki ciri-ciri wanita idaman yang diimpikannya dan kedua mereka seolah tidak percaya dengan apa yang dilalui.

“Hubungan kami berputik tanpa sengaja. Kami pun tak jangka perkenalan kami akan sejauh ini.

“Cuma saya nampak keserasian kami semakin kuat sehingga kedua-duanya pun rasa macam tak percaya apa yang kami lalui ini. 

“Apa yang boleh saya katakan Riena memiliki ciri-ciri wanita yang saya inginkan.  Dia membuktikan saya masih ada ruang untuk jatuh cinta semula. 

“Sesuatu yang saya sendiri tak sangka akan berlaku dalam hidup saya lagi, tapi ia berlaku sekarang. Doakan yang baik-baik untuk kami berdua,” katanya.

SUMBER: Harian Metro