fbpx

Gara-gara meninggalkan komen pada artikel di sebuah portal mengenai penampilan seksi Janna Nick semasa menghadiri sebuah acara, pelakon Riena Diana tidak menyangka ia mengundang kecaman netizen.

Menurut Riena, dia tiada niat untuk mempertahankan pemakaian ketat yang digayakan oleh Janna namun mempersoalkan sikap netizen yang menyalahkan kaum wanita apabila melibatkan komen berbaur lucah.

BACA: “Dah Dari Belakang Memanglah Nampak Punggung, Takkan Nampak Hidung Pula?” – Janna Nick

“Saya ada meluahkan pada ruangan komen, zaman sekarang ramai lelaki yang sakit otak. Selepas itu, ramai pula netizen yang mengecam saya.

“Bukan niat saya untuk mempertahankan sesiapa, tetapi apa yang saya cuba sampaikan adalah kenapa perempuan selalu dipersalahkan? Lelaki gatal pula bagaimana?

“Saya pernah berada di situasi seperti itu apabila memakai pakaian longgar, tetapi masih ada yang komen mengenai susuk tubuh saya. Jadi, apakah itu salah wanita?” katanya.

Bagaimanapun, Riena mengakui dia juga melakukan kesilapan dalam memberikan komen sehingga dikecam oleh netizen.

“Salah tetap salah, saya tidak cakap menyarung pakaian ketat itu betul. Saya juga tidak mahu menegakkan benang yang basah.

“Saya juga tidak bercakap, menggayakan pakaian seksi itu betul. Salah saya juga sebab gatal memberikan komen, jadi saya terima apabila diserang netizen,” katanya.

Sebelum ini hangat diperkatakan apabila tular video memaparkan pelakon dan pengacara, Janna Nick menoleh ke belakang untuk melambai peminat. Namun, pakaiannya dilihat sangat ketat sehingga menampakkan bahagian punggung mengundang komen berbaur lucah daripada lelaki.