fbpx

Rezeki Pok Ya Duduk Hotel Concorde Mekah Percuma

Selepas telefilem Pok Ya Cong Codei viral di media sosial, rezeki pengarah dan pelakon Sabri Yunus semakin mencurah-curah.

Lakonan yang dipamerkan Sabri Yunus dalam cerita itu sangat memberi kesan sehinggakan ada pihak mencandangkan agar diberi pingat atau gelaran yang sewajarnya.

Terbaru, sebuah agensi menawarkan pakej untuk mengerjakan umrah dan turut disediakan penginapan di Hotel Concorde Mekah dan Madinah secara percuma.

Menurut pelakon yang terkenal dengan watak dialek Kelantan itu, dia tidak menyangka rezekinya melimpah ruah selepas telefilem itu disiarkan pada 20 Januari lalu.

“Saya tidak sangka telefilem tersebut diterima begitu hebat. Saya kini sedang menghasilkan telefilem Pok Ya Cong Codei untuk siaran Hari Raya Aidilfitri,” katanya kepada Kosmo! Online.

Pok Ya Cong Codei berkisar mengenai seorang lelaki gedebe (samseng) di Kelantan yang diupah oleh ahli perniagaan kaya mencari anak gadisnya yang dipercayai diculik.

Nama gelaran “cong codei” itu asalnya merujuk kepada sebuah hotel yang disewakan orang kaya terbabit untuk Pok Ya. Bagaimanapun babak memaparkan adegan Pok Ya mengeja nama hotel itu dipadamkan.

Sumber: Kosmo