fbpx

Resepi Mudah Anda Boleh Buat Dengan Kiwi Zespri® SunGold

Bukan mudah untuk mendapatkan buah yang kaya dengan khasiat seperti buah kiwi, lebih – lebih lagi buah ini boleh diolah mengikut kesesuaian untuk dijadikan resepi yang sungguh sihat demi menambah manfaat kesihatan.

Okay, sebelum kami masuk bab resepi, nak share sikit mengenai kebaikan buah kiwi Zespri® SunGold. Untuk pengetahuan anda, kandungan vitamin C di dalam kiwi adalah 3 kali ganda daripada buah oren (setiap 100 gram). Ini cukup untuk memenuhi keperluan sepenuhnya vitamin C yang diperlukan untuk setiap hari.

Selain itu, buah kiwi Zespri® SunGold juga dapat menguatkan lagi sistem ketahanan badan dan mengurangkan rasa keletihan. Malah, disebabkan badan kita tidak mampu menghasilkan vitamin C, salah satu cara terbaik adalah pengambilan vitamin C daripada buah-buahan.

Jangan tak percaya, buah comel emas ini boleh dipelbagaikan cara makannya bermula dari sarapan sehinggalah ke pencuci mulut. Jom tonton 2 resepi ringkas menggunakan cara penyediaan yang mudah dan anda boleh cuba sendiri di rumah. Tak sangka tertelan air liur pula tengok video di bawah ini.

Zespri SunGold Kiwifruit – Coconut Cooler

Zesrpi SunGold & Green Kiwifruit – Ikan Dabu Dabu

Oh, sebelum terlupa, jika anda inginkan pelbagai lagi resepi menarik dengan menggunakan Zespri® SunGold, boleh layari laman web mereka, http://zespri.com.my/kiwifruit-recipes/. Memang banyak betul anda boleh buat dengan buah kiwi rupanya.