fbpx

Remy Ishak Sahkan Isteri Hamil 5 Bulan

Pelakon Remy Ishak akhirnya mengesahkan isterinya, Ezza Yusof kini hamil anak sulung dan usia kandung sudah mencecah 5 bulan.

Memetik Kosmo, Remy berkata tidak dapat digambarkan dengan kata-kata  mengenai perasaannya apabila bakal bergelar bapa tidak lama lagi.

BACA: Kesihatan Mental Belum Pulih, Remy Ishak Menggeletar Ketika Ditemu Bual

“Bukan sebab saya tak nak dedahkan atau apa. Sebelum ini waktu ditanya, kandungan masih lagi di peringkat awal. Doktor pun beri nasihat tidak mengembar-gemburkan dahulu.”

“Jadi, memang tak boleh nak cakap (kongsi) apa sangat. Sekarang dah stabil dan kandungan Ezza pun doktor kata sihat, bolehkah saya kongsikan kepada orang ramai,” katanya.

Dalam pada itu, Remy turut meminta kepada orang ramai mendoakan yang baik-baik buat isterinya serta untuk mereka sekeluarga yang bakal memasuki fasa baru selepas ini.

“Sekarang kandungan dah lima bulan dan kita boleh nampak baby bump. Dah ada ‘baby’ dalam perut. Dah buat imbasan semua dan memang tak boleh sembunyi dah.

“Orang pun tengok keadaan dia macam mana sekarang kan? Begitulah dan betul apa yang diperkatakan ramai. Tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan bakal bergelar seorang bapa Memang sesuatu yang sangat istimewa.

“Cuma saya minta doa yang baik-baik daripada orang raami agar fasa baharu dalam kehidupan suami isteri antara saya dan Ezza mendapat rahmat Allah S.W.T. rasa lain macam bila nak bergelar bapa,” katanya