Kesihatan Mental Belum Pulih, Remy Ishak Menggeletar Ketika Ditemu Bual
Hadir di majlis tayangan perdana filem Harum Malam baru-baru ini, pelakon Remy Ishak dilihat tidak selesa dan gementar apabila didekati pihak media untuk ditemu bual.
Memetik mStar Online, Remy berkata dia masih lagi berdepan masalah kesihatan mental seperti yang pernah dikongsikan tiga tahun lalu.
BACA: Netizen Tak Keruan Tengok Remy Ishak Main Air
Kata Remy lagi, dia juga tidak tahu masalah sebenar dihadapinya sehingga timbul perasaan takut berdepan dengan orang ramai.
“Keadaan saya masih belum okay lagi. Nak jumpa orang pun rasa takut. Sama juga jika mahu ke lokasi penggambaran namun saya sendiri pun tak tahu masalah sebenar penyakit ini.
“Sekarang ini pun (ketika ditemu bual) saya menggeletar. Apa pun saya cuba untuk kawal perasaan tersebut,” katanya.
Kongsi Remy lagi, masalah dihadapinya itu turut mengganggu fokus di lokasi penggambaran namun dia berusaha mengatasi segala ketakutan.
“Berlakon ini adalah minat saya, jadi saya kena teruskan walaupun memang susah dalam keadaan begini. Saya tak boleh berterusan begini. Kalau dibiarkan bermakna saya mengalah.
“Untuk tahun 2023 ini saya lebih memberi tumpuan untuk pulihkan diri dan naikkan semula semangat,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Cuba buat rawatan ruqyah dg ustaz yg pakar dlm bidang itu
Cuba buat rawatan ruqyah dg ustaz yg pakar dlm bidang ini.Inn syaa Allah blh sembuh.
Macam anxiety, sebab saya pun ada masalah yg sama
TERTEKAN MUKA BINI HAUK. BINI KATEGORI TAK LAWA TAPI YE YE JE.