Menimang cahaya mata sulung pada Julai lalu, pelakon Remy Ishak berkata kehadiran Tuah Alam benar-benar mengubah kehidupannya.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Memetik mStar Online, Remy berkata dia pernah berdepan fasa tidak keruan serta masalah kemurungan sebelum bergelar bapa, namun kini kembali menjalani kehidupan normal.
BACA: Isteri Remy Ishak Selamat Bersalin Anak Sulung
Malah, Remy berkata dia merasakan dirinya ‘kembali hidup’ dan rasa muda selepas selepas kelahiran anaknya itu kerana seperti berada dalam dunia yang baru.
“Selepas jadi bapa saya rasa muda semula… dengan kelahiran anak (Tuah Alam) saya seperti dalam dunia yang baru, saya rasa kembali hidup dan kembali jadi Remy Ishak. Sebab beberapa tahun lepas sebelum lahirnya anak, saya tak tahu kenapa saya rasa tidak keruan.
“Tak tahu apa makna hidup, kadang-kadang bila dah kahwin ada fasa dalam kehidupan kita akan tiada hala tuju tapi bila lahirnya anak sudah kembali ke jalan sepatutnya,” katanya.
Untuk rekod, Remy dan Ezza mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021. Pasangan itu menimang cahaya mata sulung lelaki diberi nama Tuah Alam pada 27 Julai lalu.