Remy Ishak Selesa Naik LRT, Bukan Untuk Raih Perhatian Peminat
Gara-gara kereta kesayangan telah hilang dicuri, Remy Ishak selesa memilih menaiki kenderaan awam sebagai pengangkutan utama beliau untuk keluar bekerja. Pun begitu, tindakannya yang sering menggunakan kenderaan awam, bukanlah kerana sengaja ingin menarik perhatian orang ramai supaya datang menghampirinya untuk bergambar.
BACA: Remy Ishak Akui Terkenang Dosa Lalu Ketika Tunai Umrah
“Saya bukannya gila hendakkan peminat datang kepada saya dan bergambar. Saya cuma berasa selesa menaiki kenderaan awam seperti LRT. Begitupun saya mempunyai cara tersendiri untuk membuatkan diri saya tidak dikenali ramai. Tetapi, kalau peminat perasan, saya selalu meletakkan jari di mulut sebagai tanda untuk meminta dia agar tidak bercakap.
“Kemudian saya akan ke tempat peminat berkenaan dan ‘berselfie’ bersamanya. Namun begitu, saya tidaklah selalu menaiki kenderaan awam. Kadang kala ada juga rakan atau pengurus yang menumpangkan saya ke sesuatu lokasi,” katanya kepada Berita Harian Online mengenai sikapnya yang terbuka untuk memilih menggunakan kenderaan awam.
Sebelum ini, sebuah kereta Mitsubishi Triton milik Remy telah dilarikan di Seri Kembangan pada bulan Mac lalu. Kejadian itu berlaku hanya beberapa minit selepas beliau keluar membeli ais di sebuah kedai. Selepas insiden itu, Remy memberitahu dirinya masih belum bersedia untuk membeli kereta baru dan lebih selesa dengan keadaan sekarang. (rkty/w)
Cerita baru drama Rumi & Jawi…klakar cute sgt…bagusla humble org suka;)
Very
Down to earth. Love you remy!
Bagus, save duit petrol, tol dan tenaga.
pergi beli ice cream, trus kena curi keretanya…sweet nya remy ishak….hahahaha…minat sgt kt abg remy, very telented actor, not just based on his good looking….hopefully dapat balik tu kereta ya…
beli ais bukan ice cream..olololo baca pun salah
Minat sgt2 gan remy ishak. Semoga perjalanan karier abg remy terus maju.
Keselesaan bergantung pd seseorang.. http://www.gerobokbuku.com/