fbpx

Remy Ishak, Izara Lakon Babak Intim Atas Batu

Sekali lagi bekerja di bawah arahan pengarah Osman Ali melalui filem Pilot Cafe selepas Cun dan Sejoli, Remy Ishak dalam masa yang yang sama sempat berkongsi pengalamannya dalam menjayakan watak Rashid selaku pemuda kampung.

BACA: Remy Ishak: Adik Saya Yang Bertunang, Bukan Saya

Remy Ishak Kongsi Pengalaman Babak Intim Atas Batu - ROTIKAYA

“Saya pernah baca novel Pilot Cafe sewaktu zaman sekolah. Saya pernah bercita-cita nak jadi juruterbang jadi saya memang pernah berangan nak berlakon sebagai Ameer tetapi mungkin bukan rezeki saya kali ini,” kata Remy.

Tambah Remy antara babak yang cukup mencabar dirinya adalah ketika babak berasmara bersama Maya (lakonan Izara Aishah) di atas batu. Remy juga dalam masa yang sama turut mengalami kecederaan ketika melakukan babak tersebut.

“Babak itu di mana kami berdua berbaring di atas batu di pantai. Ketika penggambaran babak itu, ombak sangat besar. Sebelum buat babak itu aya ada beritahu Izara yang saya rasa takut sebab memang ombak kuat pada masa itu”

“Ada sekali kami dipukul ombak dan hampir hanyut. Mujurlah tangan saya mencengkam kuat pada batu tersebut. Ketika lakukan babak itu juga kaki saya tercucuk batu karang yang ada di celah batu tersebut dan mengalami pendarahan”

“Kesannya sampai sekarang di tapak kaki saya ada satu lubang kecil akibat tusukan karang itu,” katanya berkongsi pengalaman bersama portal Malaysian Digest. (rtky/s)