Mengikut jejak Fattah Amin, kini Remy Ishak pula bakal melancarkan buku bersempena hari ulangtahun kelahirannya ke 37 tahun. Buku berkenaan menceritakan perasaanya menjadi anak seni hampir sedekad.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
BACA: Peminat Tuduh Remy Ishak Angau Dengan Mira Filzah
“Alhamdulillah, selepas tertangguh buku Sedekad, buku tersebut bakal dilancarkan tidak lama lagi. Rasa teruja, gembira dan tidak sabar mahu berkongsi segala-galanya dengan peminat”
“Dalam buku ini saya ungkapkan segala rasa dan perjalanan selama bergelar anak seni, jatuh bangun dalam bidang ini semuanya ada ditulis dalam buku ini. Saya tidak kongsi kisah peribadi secara terperinci”
Tambah Remy, apa yang dilakukan sekarang sepatutnya sudah lama dilaksanakan namun kerana beberapa perkara, beliau ketinggalan dan perlu memulakannya dari bawah semula agar impiannya tercapai.
“Umum tahu saya bukan jenis terbuka hal yang satu ini. Karier seni saya bermula 10 tahun lalu tetapi ada ketika saya ketinggalan. Usia semakin meningkat dan saya perlu mengejar semula apa yang dilepaskan,” katanya.
Pasti ramai peminat Remy teruja dan tidak sabar menunggu buku yang bakal dilancarkan. Bolehlah peminat Remy merasai sendiri luahan rasa jatuh bangun Remy dalam menjadi anak seni. (rtky/w)