fbpx

Remy Ishak Akui Lebih Free, Relaks & Terbuka Lepas Kahwin

Sudah tiga bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Remy Ishak mengakui kehidupannya kini lebih relaks (tenang) dan terbuka dalam banyak perkara.

Melihatkan beberapa video romantis bersama isteri tercinta, Ezza Yusoff, ada netizen beranggapan karakter Remy jauh berbeza ketika masih bujang.

BACA: Remy Ishak Pula Umum Tarik Diri Dari Anugerah Bintang Popular

“Ya ka lain, bagi saya sama saja. Cuma sekarang lebih ‘free’, relaks dan terbuka. Mungkin sebab faktor umur juga. Kadang bila sampai satu tahap umur rasa lebih matang, akan berasa semua perkara senang dan boleh urus.

“Macam dulu masa masih baru dalam dunia hiburan dan baru lagi dengan persekitaran kehidupan yang selalu diberi perhatian, banyak perkara kena jaga. Dari segi sikap, betulkah langkah ini, perlukah begini?

“Tapi, apa yang dilalui ini bukan sebab saya kahwin, tapi lebih kepada umur dan kematangan diri. Sudah sampai satu masa kita tahu langkah kita betul dan lebih tenang,” katanya.

Berkongsikan mengenai kehidupan alam rumah tangga, Remy berkata dia perlu bekerja lebih keras kerana tanggungjawab kini sudah berubah.

“Sekarang ini kerja kena lebih sebab dah tanggung orang. Dulu seorang diri, tapi sekarang sudah ada komitmen. Alhamdulillah, kami masih lagi berdua dan okey saja,” katanya.

Terdahulu, Remy selamat bernikah dengan bekas tunangnya, Ezza Yusof dengan sekali lafaz pada 21 Ogos lalu dalam satu majlis tertutup mengikut SOP ketat di Masjid Negara, Kuala Lumpur.