fbpx

REM Umum Berpecah Selepas Lebih 30 Tahun Bersama Melalui Laman Web

Hari sedih untuk industri muzik dunia, R.E.M mengumumkan kini mereka sudah tidak lagi bersama.

Kumpulan rock yang berasal dari Amerika Syarikat ini mengumumkan berita sedih ini kepada peminat seluruh dunia melalui laman web rasmi mereka.

R.E.M di’tubuhkan sekitar tahun 1980 dan menjadi pengaruh besar dalam dunia muzik sehingga di’senaraikan dalam Rock and Roll Hall of Fame pada tahun 2007.

Album terakhir & kelima belas mereka Collapse Into Now menduduki tangga ke-5 dalam senarai Billboard 200 apabila di’lancarkan sekitar Mac 2011 lalu.

Khabar angin mereka bukan perkara baru kerana awal tahun lalu, pemain bass kumpulan ini Mike Mills memberitahu sebuah majalah di German yang beliau tidak nampak masa hadapan dalam kumpulan R.E.M kerana masing masing sibuk dengan projek lain.

Kami bukanlah peminat besar kumpulan ini namun kehilangan ikon besar seperti mereka boleh kami rasakan. Video persembahan secara langsung R.E.M selepas ini.