fbpx

Reen Rahim Tak Takut Saham Jatuh Selepas Kahwin

Bakal bergelar isteri kepada jejaka pilihan hati dikenali sebagai Mr H,  pelakon Reen Rahim berkata dia tidak risau jika sahamnya jatuh selepas mendirikan rumah tangga.

Memetik mStar Online, Reen berkata dia percaya kepada rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah. Ujarnya, jika rezekinya tiada dalam industri mungkin ditempat lain.

BACA: Ibu Reen Rahim Mahu Bakal Menantu Hadiahkan Al-Quran Sebagai Hantaran

“Kalau saya perlahankan karier mungkin faktor umur dan bukan sebab berkahwin. Perjalanan saya dalam industri pun memang perlahan sebelum ini, tak terus memuncak..jadi saya percaya pada rezeki yang Allah sudah susun.

“Saya tiada isu nak takut saham jatuh selepas kahwin. Kalau bukan rezeki dalam industri mungkin dekat tempat lain yang Allah sudah sediakan,” katanya.

Dalam pada itu, Reen berkata bakal suaminya tidak meletakkan syarat dalam kariernya sebagai pelakon namun dia sendiri tahu batas dalam pergaulan.

“Bekas suami tak ada letak syarat tapi saya sendiri akan letak had tanpa perlu sesiapa beritahu saya tentangnya.

“Tak kahwin pun sama memang jaga bab itu, tak akan pula selepas kahwin saya langgar apa yang saya pertahankan sebelum ini,” katanya.

Sebelum ini, Reen berkata dia bakal mendirikan rumah tangga pada hujung tahun ini. Bagaimanapun, Reen masih belum mendedahkan identiti bakal suami serta tarikh pernikahannya kepada umum.